My Add

Saturday 18 February 2012

Festival Turki di Bukit Bintang

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 17 Februari, 2012: Dewan Perdagangan Istanbul (ICOC) dengan kerjasama JW Marriott dan Starhill akan menganjurkan Festival Seni, Tarian dan Makanan Turki pada 25 Februari sehingga 3 Mac di Shook! Starhill Gallery, Jalan Bukit Bintang.

Pada program itu, pengunjung boleh menikmati hidangan unik Turki setiap hari dari jam 7 petang hingga 10.30 malam yang disediakan oleh dua master chef terkenal dan pasukannya yang diterbangkan khas dari Istanbul.

"Persembahan muzik klasik pula akan dipersembahkan setiap hari dari pukul 7.30 malam sehingga 8.15 malam dan persembahan tarian rakyat Turki yang menarik juga akan dipersembahkan setiap hari dari pukul 8.15 malam kecuali pada 1 Mac. Turut dipersembahkan ialah demonstrasi seni meniup kaca dan lukisan air di Galeri Starhill sepanjang Festival selama lapan malam," kata kenyataan penganjur di sini hari ini.

Orang ramai yang berminat boleh melayari laman web www.turkishexhibition.com.my untuk maklumat lanjut atau hubungi Shook! di talian 03-2719 8330 untuk membuat tempahan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment