My Add

Sunday 12 February 2012

Ganjaran dan pingat atlet positif dadah akan ditarik balik

KUALA LUMPUR, SABTU, 11 Februaei, 201: Wang ganjaran dan pingat emas atlet Kuartet 4x400 meter lelaki negara yang didapati positif dadah pada ujian anti-doping sample A akan ditarik balik apabila keputusan rasmi sample B diperoleh. 

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata berkata sehingga kini beliau masih menunggu keputusan rasmi daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berhubung ujian sampel B.

"Jika didapati bersalah kita tidak akan teragak-agak untuk menarik balik wang ganjaran dan pingat yang diraih oleh atlet itu pada Sukan SEA lepas.

"Saya amat dukacita apabila mengetahui dari media bahawa kedua-dua ujian sample A dan B adalah positif, namun belum mendapat laporan rasmi dari MOM," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Kementerian Belia dan Sukan di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment