My Add

Tuesday 21 February 2012

Guan Eng perlu jelaskan isu pembinaan rumah

PULAU PINANG, ISNIN, 20 Februari, 2012: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjelaskan sama ada kebenaran yang diberikan kepada pemaju untuk melaksanakan projek pembinaan 1,500 unit rumah dalam projek SPICE dilakukan melalui sistem tender terbuka.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, penjelasan itu penting kerana Kerajaan DAP Pulau Pinang selama ini sering melaungkan prinsip ketelusan dalam pentadbirannya.

“Rakyat perlu tahu sama ada kebenaran yang diberikan kepada pemaju untuk membina rumah dalam projek pembinaan pusat konvensyen dan pameran antarabangsa bawah tanah yang dikenali sebagai SPICE itu dilakukan melalui sistem tender terbuka atau rundingan.

“Projek yang membabitkan kos RM300 juta di atas tapak Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) membabitkan kepentingan rakyat negeri ini, jadi rakyat perlu tahu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Penerangan BN negeri, Datuk. Dr. Loga Balan Mohan dan Setiausaha BN negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Perjanjian Konsesi SPICE ditandatangani oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan pemaju, Eco Meridian Sdn. Bhd., anak syarikat SP Setia Berhad pada tahun lepas.

Namun, pembinaan SPICE dikatakan hanya akan memberi kelebihan kepada pemaju menerusi pelbagai keistimewaan serta menyebabkan hasil yang sepatutnya dinikmati rakyat negeri ini hilang begitu sahaja. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment