My Add

Thursday, 16 February 2012

Hari Pengguna: FOMCA lancar Pertandingan Kepenggunaan

PETALING JAYA, RABU, 15 Februari, 2012: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) hari ini melancarkan Pertandingan Kepenggunaan yang menyasarkan golongan muda terutamanya kanak-kanak sekolah sempena Hari Pengguna 2012.

Presidennya, Datuk N. Marimuthu berkata, pada tahun ini, 10 kategori pertandingan akan diadakan antaranya pertandingan mengarang esei kepenggunaan, melukis dan mereka bentuk poster kepenggunaan, melukis kartun kepenggunaan, fotografi kepenggunaan dan buku skrap kepenggunaan.

“Turut diadakan pertandingan video montaj, mewarna kepenggunaan, ”Speak Up” dan anugerah penyertaan terbanyak peringkat sekolah rendah dan menengah,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas upacara pelancaran pertandingan itu di Bangunan SKPPK, di sini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment