My Add

Thursday 16 February 2012

Kementerian diminta siasat pemecatan pengerusi kesatuan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 16 Februari, 212: Kesatuan Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU) menggesa Kementerian Sumber Manusia menyiasat pemecatan ke atas Pengerusi Kesatuan Pekerja Westports Malaysia yang didakwa dibuat tanpa alasan kukuh.

Setiausaha Agung TWU, Datuk Zainal Rampak berkata, Megat Zamri Megat Abdul Aziz telah diberhentikan kerja secara tidak adil dan TWU percaya Megat Zamri tidak melakukan apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang pelabuhan.

"Menteri Sumber Manusia perlu melihat tindakan tersebut sebagai satu penganiayaan melibatkan perkara yang lebih besar iaitu pelanggaran terhadap hak bersuara dan sistem demokrasi yang dilindungi Perlembagaan.

"Dalam Perlembagaan Perkara 10, terang-terang menunjukkan peruntukan bagi hak untuk bersuara dan berpersatuan,” katanya kepada Bernama. Zainal mendakwa pemecatan Megat Zamri itu mempunyai muslihat bersabit pertikaian antara pihak pengurusan Westport dengan kesatuan dalaman. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment