My Add

Wednesday 8 February 2012

Kerajaan negeri nilai semula pelan tindakan perindustrian

IPOH, RABU, 08 Februari, 20`1: Kerajaan negeri akan menilai semula Pelan Tindakan Perindustrian yang diguna pakai pada masa ini untuk digabung jalin bagi mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) RM48.4 bilion menjelang 2020.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, langkah itu perlu bagi mengelak pertindihan pelan tindakan yang diperkenalkan, sama ada di peringkat Persekutuan dan kerajaan negeri.

"Penggabungjalinan itu turut melibatkan pelan Perak Aman Jaya dan Pelan Perak Maju 2015...Kita perlu menyusun semula pelan tindakan perindustrian ini.

"Ianya berdasarkan kajian yang ada serta mengambil kira faktor kelebihan yang dimiliki negeri Perak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di pejabatnya hari ini.

Berdasarkan unjuran KDNK pada 2008, katanya sektor perindustrian telah menyumbang RM5.56 bilion kepada pertumbuhan negeri pada masa itu.

Selepas itu, kajian juga menunjukkan bahawa KDNK negeri mencapai pertumbuhan tahunan 4.5 peratus setiap tahun dalam sektor berkenaan dan berdasarkan pencapaian itu, kerajaan negeri Perak menyasarkan unjuran berkembang kepada RM48.4 bilion menjelang 2020. - BERNAM

No comments:

Post a Comment