My Add

Thursday 16 February 2012

Keyakinan palsu Pas terhadap sokongan Cina

ABDUL Ghani Othman menerima cenderamata daripada Dr. Chua Soi Lek sempena sambutan Tahun Baru Cina MCA Johor di SJKC Pu Sze, Skudai, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU, RABU, 15 Februari, 2012: Keputusan Pas mahu meletakkan calon bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan bercita-cita memegang jawatan menteri besar jika menang kelak adalah bersandarkan kepada keyakinan palsu bahawa masyarakat Cina turut menyokong mereka.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, adalah tidak mustahil suatu masa nanti Pas mahu jawatan Perdana Menteri diberikan kepada mereka memandangkan jawatan Menteri Besar Kedah dan Perak yang dimenangi dalam pilihan raya sebelum ini dipegang parti itu.

"Pas sebenarnya berharap untuk mendapat kuasa dengan menggunakan sokongan orang Cina melalui DAP. Oleh itu saya ingin menegaskan agar masyarakat Cina tidak menyokong DAP kerana ia sama seperti memberi kuasa kepada Pas.

"Ini keyakinan palsu Pas bersandarkan segelintir orang Cina menyokong mereka sehingga sanggup bawa bendera Pas dan letak gambar Nik Aziz (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumah berhala mereka. Ini memang berlaku," katanya berucap pada sambutan Tahun Baru Cina MCA negeri di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pu Sze semalam.

Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Abdul Ghani juga yakin rakyat mampu menilai dengan bijak tentang kombinasi pakatan pembangkang yang mempunyai pelbagai masalah terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"PKR adalah parti pembangkang paling lemah terutama di negeri ini," katanya lagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment