My Add

Friday 10 February 2012

Lelaki didakwa menipu pas lawatan sementara

SHAH ALAM, JUMAAT, 10 Februari, 2012: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua tuduhan menipu untuk melanjutkan pas lawatan sementara di Klang, tiga tahun lalu.

Mohamed Zaidi Baba, 50, yang bekerja sendiri, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan itu di hadapan Hakim M Bakri Abdul Majid.

Bagi pertuduhan pertama, Mohamed Zaidi didakwa memperdaya seorang pegawai kerajaan, Bulkini Paharudin supaya mempercayai bahawa dia boleh membantu melanjutkan pas lawatan sementara milik seorang warga Indonesia Mohammad Zain Basrun yang tamat tempoh pada 9 Ogos 2007, sedangkan dia mengetahui tempoh pas itu tidak boleh dilanjutkan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, Mohamed Zaidi didakwa memperdaya Bulkini supaya mempercayai nama pemegang pasport Indonesia, Mohamad Zain Basrun dan Elly Herawati Sadin, tidak ada dalam data kemasukan sistem komputer Jabatan Imigresen sedangkan nama kedua-dua warga Indonesia itu terdapat dalam data jabatan itu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment