My Add

Saturday 25 February 2012

LTdL 2012: Guardini (Farnese) juarai peringkat kedua

MELAKA, SABTU, 25 Februari, 202: Kerjasama berpasukan yang baik sehingga ke garisan penamat membolehkan pelumba muda Itali, Andrea Guardini dari pasukan Farnese Vini Selle Italia, menjuarai peringkat kedua perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012.

Pelumba berusia 22 tahun itu menamatkan perlumbaan sejauh 151 kilometer dari Putrajaya ke Dataran Pahlawan Melaka dengan catatan masa 3 jam 35 minit dan 19 saat.

Sementara itu, pelumba pasukan Champion System Anuar Manan muncul sebagai pelumba terbaik Malaysia selepas menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Peserta Amerika Syarikat David Zabriskie pula mengekalkan Jersi Kuning yang dimenanginya dengan catatan masa 3:59:53s selepas dua peringkat perlumbaan.

Sementara itu, pelumba pasukan Drapac Cycling, Floris Goesinnen dari Belanda memenangi Jersi Merah apabila mengumpul lapan mata selepas menjuarai dua zon mendaki di Bukit Pelandok dan Linggi.

Pelumba Astana Pro Team, Dmitriy Gruzdev pula mengekalkan Jersi Putih sebagai peserta terbaik Asia selepas dua peringkat, manakala pasukannya terus mengungguli kategori Pasukan Terbaik Asia Keseluruhan dengan catatan masa 12:05:29s.

Bagi kategori pasukan terbaik keseluruhan, Garmin Barracuda mendahului dengan catatan masa 12:02:35s. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment