My Add

Thursday 16 February 2012

MCA Kedah kemuka bukti peruntukan untuk NGO dipotong

ALOR SETAR, KHAMIS, 16 FEBRUARI, 201: MCA Kedah hari ini mengemukakan bukti wujudnya perbuatan memotong sebahagian daripada peruntukan yang disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini. 

Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew, berkata pihaknya mempunyai senarai lengkap lapan NGO yang mendakwa peruntukan mereka dipotong termasuk salinan cek yang diterima setiap persatuan berkenaan.

NGO terbabit ialah Persatuan Penganut Dewa Fu De Ci, Persatuan Teo Chew Kedah Tengah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Min Terk, Persatuan Penduduk Batu Dua Sungai Petani, Semeling Bomba Sukarela, Pertubuhan Penganut Guang Yuan Gong, Dewan Perhimpunan Cina Kedah Kuala Muda dan Sungai Petani Bomba Sukarela.

"Peruntukan untuk lapan persatuan ini diumumkan oleh wakil rakyat dalam majlis tertentu, kemudian ada kontraktor datang kata kalau setuju terima peruntukan perlu rebat 30 peratus," katanya pada sidang media di sini. 

Katanya, bagaimanapun dua NGO iaitu Pertubuhan Penganut Guang Yuan Gong dan Dewan Perhimpunan Cina Kedah Kuala Muda tidak bersetuju dengan syarat itu dan sehingga kini tidak mendapat sebarang bayaran walaupun diumumkan ada peruntukan untuk mereka. 

"Tujuan kami kemuka bukti ini adalah kerana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam meminta kami tunjuk bukti. Saya tidak akan membuat dakwaan jika perkara ini tidak dipanjangkan kepada saya oleh pihak persatuan bersama bukti ini. 

"Kami puji Menteri Besar kerana beliau tidak terbabit dalam hal ini tapi malangnya dia (Azizan) tidak tahu perkara ini berlaku membabitkan Exco dalam kerajaan negeri," kata Chong. 

Beliau berkata, pihaknya juga berhubung dengan wakil daripada setiap NGO berkenaan dan dimaklumkan bahawa pengerusi mereka dipanggil bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment