My Add

Saturday 25 February 2012

MCA kian yakin mampu tambah sokongan masyarakat Cina

KUALA LUMPUR, SABTU, 25 Februari, 2012: MCA akan menyambut ulang tahun ke-63 penubuhannya esok bersama keyakinan lebih tinggi mampu menarik kembali sokongan majoriti masyarakat Cina.

Keyakinan ini terbit daripada perbahasan antara presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng beberapa hari lepas, yang sesetengah pihak percaya berjaya memulihkan maruah dan martabat parti itu.

"Kami semua begitu bersemangat selepas perbahasan itu. Ini sesuatu yang baru bagi MCA. Amat jarang bagi pemimpin MCA menangani sesuatu isu besar dengan bertindak menghadapinya secara berdepan. Langkah itu benar-benar menaikkan semangat kami,” kata anggota jawatankuasa pusat parti itu Datuk Ti Lian Ker.

Beliau memberitahu Bernama bahawa keadaan sekarang jauh berbeza dengan sebelum ini apabila MCA dilanda pertikaian dan perebutan dalaman hingga menyebabkan semangat anggotanya jatuh ke tahap begitu rendah berikutan kekalahan teruk parti itu pada pilihan raya umum 2008.

"Selama ini, kami kalah dalam perang persepsi. Tapi kini, sekurang-kurangnya kami dapat memulihkan kedudukan apabila anggota kami lebih bersedia untuk menghadapi pilihan raya,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment