My Add

Thursday 16 February 2012

Muhyiddin tiba di Pahang untuk lawatan sehari


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut ketua jabatan dan pemimpin masyarakat sejurus tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan bagi lawatan kerja sehari ke Pahang, hari ini. Turut mengiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (kiri). - Foto BERNAMA

KUANTAN, KHAMIS, 16 Februari, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kuantan hari ini bagi lawatan kerja sehari ke Pahang.

Beliau dan isteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman tiba di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah kira-kira jam 8.20 pagi disambut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan pemimpin kerajaan negeri.

Muhyiddin kemudian mengadakan perjumpaan khas tertutup dengan Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang.

Timbalan Perdana Menteri dijadual merasmikan acara perbarisan sambutan Hari Ulang Tahun ke-7 Maritim Malaysia di Pusat Latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di Gebeng sebelum menghadiri Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Pusat Rekreasi Air Balok pada tengahari. 

Beliau akan mengadakan perjumpaan khas dengan pemimpin Barisan Nasional negeri di Kompleks Yayasan Pahang pada sebelah petang sebelum berlepas pulang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment