My Add

Wednesday 15 February 2012

Naib Canselor UTHM dilantik Pengerusi MPM

BATU PAHAT, SELASA, 14 Februari, 2012: Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Datuk Dr Mohd Noh Dalimin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bagi tempoh selama tiga tahun mulai 9 Disember 2011. 

Surat Cara pelantikan beliau ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Majlis perasmian penubuhan MPM disempurnakan oleh Menteri Pelajaran pada ketika itu, iaitu Datuk Musa Hitam pada 22 April 1980. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment