My Add

Monday 13 February 2012

Najib terima kunjungan Menteri Pertahanan Perancis

PUTRAJAYA, ISNIN, 13 Februari, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Perancis, Gerard Longuet, di pejabatnya di sini. 

Dalam pertemuan selama 40 minit itu, kedua-dua mereka antara lain berbincang mengenai hubungan dua hala termasuk soal politik, ekonomi dan perkembangan terkini di benua Eropah.

Longuet diiringi Duta Perancis ke Malaysia, Madame Martine Dorance, Penasihat Diplomatik kepada Menteri, Madame Michele Ramis dan Pengarah Hal Ehwal Strategik, Michel Miraillet.

Delegasi itu turut dianggotai Pengarah Pembangunan Antarabangsa Direktorat Umum Peralatan Peperangan, Yves Blanc, dan Pegawai Bahagian Diplomatik, Kapten Henri Schricke. 

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Longuet dan delegasinya tiba di Malaysia Sabtu lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment