My Add

Tuesday 21 February 2012

Pelakon, penyanyi Latiff Ibrahim meninggal dunia

RAKAN artis menziarahi jenazah Allahyarham Latiff Ibrahim di kediamannya, di Keramat, malam tadi. Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, jam 6.06 petang semalam, berikutan komplikasi jantung. - Foto Hasriyashah Sabudin

KUALA LUMPUR, ISNIN, 20 Februari, 2012: Pelakon dan penyanyi yang popular dengan lagu Nora sekitar tahun 1970-an, Latiff Ibrahim, 61, meninggal dunia petang ini akibat sakit jantung.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di Unit Rawatan Koronori (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) selepas seminggu dimasukkan ke hospital tersebut.

Menurut isteri Allahyarham, Masruah Mahadan, 57, ketika mula-mula dirawat di IJN, suaminya agak stabil, namun keadaan kesihatannya tiba-tiba berubah malam tadi sebelum dimasukkan ke CCU.

Katanya, Allahyarham yang pernah membintangi filem Hapuslah Air Matamu (1976) itu mengadu sakit dada dan mengalami tekanan darah tinggi sebelum meninggal dunia.

Kesemua lima adik Allahyarham termasuk penyanyi, Datuk Khatijah Ibrahim dan dua anak Allahyarham, Mohd Hazriq, 35, serta Hazrilally 34 turut berada di sisi Allahyarham sewaktu meninggal dunia.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumahnya di Taman Keramat dan akan dikebumikan selepas Zuhur esok di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat, AU4.

Antara rakan-rakan artis yang melawat jenazah Allahyarham di IJN ialah seniman Datuk Aziz Satar, Hail Amir, Halil Chik dan Datuk Sharifah Aini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment