My Add

Sunday 19 February 2012

Pembangunan seimbang, hidup selesa di bandar - PM

KUALA LUMPUR, SABTU, 18 Februari, 2012: Kerajaan akan mengimbangi pembangunan di kawasan bandar dan luar bandar untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana boleh menikmati kehidupan yang selesa di bandar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, dengan keseimbangan ini, ia membolehkan bukan sahaja mereka yang berpendapatan tinggi mampu hidup selesa di bandar malah mereka yang lain termasuk kakitangan awam juga hidup dalam selesa dan sejahtera.

"Pada hari ini, lebih 60 peratus daripada penduduk Malaysia menjadi penghuni di kawasan bandar besar dan kecil.

"Sebab itulah sambil kita menguruskan pembangunan luar bandar, kita perlu juga imbangi kemudahan dan pembangunan di kawasan urban supaya kawasan bandar tidaklah hanya untuk mereka yang berpendapatan tinggi sahaja manakala mereka yang makan gaji, pendapatan kecil dan sederhana tidak dapat tinggal di bandar dalam keadaan selesa," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 10,000 hadirin pada majlis perasmian kuarters baru Jabatan Kerja Raya (JKR) di Batu 4 1/2 Jalan Cheras di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment