My Add

Monday 20 February 2012

Pendengaran awam kes pasir disambung semula 5 Mac

SHAH ALAM, ISNIN, 20 Februari, 2012: Sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berhubung isu penyelewengan pasir melibatkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB)

yang ditangguhkan sebelum ini disambung semula selama tiga hari bermula 5 Mac ini.

Pengerusi Selcat, Datuk Teng Chang Khim berkata, jawatankuasa itu juga akan mengadakan pendengaran awam terhadap dua lagi kes membabitkan Yayasan Selangor mengenai laporan audit dalaman 2010 dan dua anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) iaitu PKPS Agro Industries Sdn. Bhd. dan Premium Agro Product Industries Sdn. Bhd. berhubung pembelian jentera.

Beliau berkata keputusan untuk mengadakan pendengaran awam terhadap tiga kes berkenaan diambil selepas Selcat bermesyuarat pada 16 Feb lepas.

Ketika ditanya sama ada keputusan untuk menyambung pendengaran awam ke atas KSSB dibuat selepas isu itu dibangkitkan oleh Raja Petra Kamaruddin, Chang Khim berkata, pihaknya tidak bergantung kepada artikel yang ditulis oleh penulis blog sebaliknya bergantung kepada perkembangan semasa yang memerlukan Selcat menyelesaikan pendengaran ke atas KSSB.

"Kita buat pendengaran ini kerana ada ahli lembaga KSSB sendiri telah buat kenyataan menafikan ada penyelewengan melibatkan beliau, jadi kami rasakan ini membabitkan pentadbiran KSSB kerana ahli lembaga syarikat itu telah buat

kenyataan terbuka yang berkaitan dengan pendengaran Selcat yang belum habis," katanya dalam sidang media di sini hari ini.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment