My Add

Sunday 5 February 2012

Perlu ramai pakar psikologi,psikiatrik

KUALA LUMPUR, AHAD, 05 Febeuari, 201: Malaysia memerlukan kira-kira 10 hingga 20 peratus lagi pakar psikologi dan psikiatri dengan segera bagi mengatasi masalah gangguan mental yang dilihat semakin serius.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, meskipun setiap hospital disediakan dengan pakar psikiatri, namun bilangan itu masih dilihat tidak mampu untuk menangani kes yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Beliau memberitahu, untuk menangani masalah itu, kementeriannya telah mengambil beberapa langkah termasuk mewujudkan Majlis Penasihat Tekanan Emosi yang dianggotai oleh pakar-pakar psikologi dan psikiatri.

"Majlis itu dipertanggungjawabkan untuk mengkaji, menganalisis serta mencari formula terbaik untuk menangani masalah gangguan emosi yang kini dilihat sebagai satu isu besar," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, semalam.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.

Tambah Tiong Lai, buat masa ini kementeriannya sedang mengendalikan pelbagai kempen dan sebagai peringkat permulaan, ia akan dimulakan dari peringkat sekolah.

Katanya, dalam kebanyakan kes, seseorang itu berdepan dengan masalah tekanan mental kerana mereka tidak tahu cara untuk menangani masalah tersebut. -UTUSAN

No comments:

Post a Comment