My Add

Sunday 19 February 2012

Pesakit barah tulang meninggal dunia

KUANTAN, AHAD, 19 Februari, 2012: Pesakit barah tulang, Mohd Zulhafiz Abdul Ghani, 21, menghembuskan nafas terakhirnya pada 8.55 malam tadi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini selepas dua minggu mendapat rawatan di hospital itu. 

Bapanya, Abdul Ghani Mohamed, 64, berkata seminggu sebelum meninggal dunia, ketumbuhan seberat 20 kilogram di bahu kiri Allahyarham tiba-tiba meletup dan mengeluarkan darah dan air serta meninggalkan lubang sebesar bola ping-pong.

"Selepas kejadian itu, keadaan fizikal arwah semakin berkurangan kerana ketumbuhan tersebut semakin mengecil," katanya ketika ditemui selepas pengebumian Allahyarham Mohd Zulhafiz di tanah perkuburan Perkampungan Felda Bukit Goh di sini hari ini.

Abdul Ghani berkata, doktor memaklumkan kematian Allahyarham Mohd Zulhafiz, iaitu anak bongsu daripada lima beradik, disebabkan jangkitan kuman di paru-paru dan beberapa organ dalaman akibat penyakit yang dihidapinya. 

Sementara itu, ibunya, Safiah Lebai Yahya, 58, berkata sebelum meninggal, anaknya sempat memohon kebenaran untuk "balik" kerana tidak tahan dengan kesengsaraan yang dihadapinya. 

"Makcik izinkan permintananya tersebut dan redha dengan ketentuan Ilahi. Makcik mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan dan mohon dihalalkan apa sahaja pemberian mereka kepada arwah," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment