My Add

Saturday 25 February 2012

Phahrolrazi nafi wujudkan gerakan lawan Azizan

ALOR SETAR, SABTU, 25 Februari, 2012: Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi menafikan beliau ada menubuhkan gerakan untuk menentang Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. 

"Gerakan saya, gerakan Pas sahaja. Spekulasi tersebut tak benar dan dakwaan komplot menjatuhkan MB juga tidak benar," katanya ketika ditemui hari ini.

Phahrolrazi merupakan antara exco Kedah yang disebut-sebut telah menghantar 
surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu, 
yang dijadual diumumkan Selasa ini. 

Ketika ini, beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar 
Bandar, Usahawan, Kerja Raya dan Pertanian.

Phahrolrazi dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah Datuk Dr Ismail Salleh 
dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan 
Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda 
pentadbirannya sejak kebelakangan ini, dan beberapa exco lain juga dijangka 
berbuat demikian. 

Sementara itu, Phahrolrazi yang bercuti sehingga 1 Mac, berkata beliau belum 
menerima surat jemputan daripada kerajaan negeri untuk menghadiri majlis 
pelantikan anggota exco bagi 2012 di Istana Anak Bukit, Selasa ini. 

Katanya, beliau tidak kecewa atau kecil hati jika tidak dilantik semula 
memegang jawatan exco kerajaan negeri bagi 2012. 

Phahrolrazi berkata sebagai ahli Pas, perjuangan beliau bukan dengan niat 
menjadi exco, sebaliknya jawatan itu dicadangkan ahli parti berkenaan yang mahu 
beliau bertanding sebagai exco. 

"Mereka suruh saya bertanding, saya bertandinglah. Kalau tidak, saya boleh 
jadi pekerja biasa dalam parti, dan tak ada niat (untuk pegang jawatan exco), 
itu bukan cara perjuangan kita," katanya. 

Mengulas spekulasi yang mendakwa namanya tidak disenaraikan dalam pelantikan 
semula exco, beliau berkata tidak mengetahui hal itu dan mahu membiarkan Menteri Besar sahaja yang membuat kenyataan. 

Beliau yang enggan mengulas lebih lanjut berkata ini bagi mengelak berlaku 
sebarang kekeliruan. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment