My Add

Tuesday 21 February 2012

Projek perintis padang tiruan di Sarawak tahun ini

KUCHING, ISNIN, 20 Februari, 2012: Kementerian Belia dan Sukan bercadang membina sekurang-kurangnya sebuah padang bola sepak tiruan di setiap negeri bermula di Sarawak tahun ini, kata menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurut beliau, perbincangan akan dilakukan dengan kerajaan Sarawak untuk mengenal pasti tapak projek pertama pada bola sepak tiruan, yang dianggarkan menelan belanja RM1 juta setiap satu jika dibina mengikut spesifikasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

"Kita akan mulakan (pembinaan) satu dulu sebagai model di sini sebelum kita buat di tempat-tempat lain,” katanya selepas mengadakan lawatan di Pusat Kecemerlangan Akuatik di Kompleks Belia dan Sukan di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata, cadangan pembinaan padang berkenaan telah dibincangkan semasa pertemuannya dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tengah hari ini.

Walaupun kos pembinaannya agak tinggi, padang bola sepak tiruan dapat menjimatkan kos penyelenggaraan dan ketahanannya menjangkau 10 tahun, katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment