My Add

Sunday, 12 February 2012

Rosmah terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Curtin

PERTH, AHAD, 12 FebRUARI, 2012: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dianugerahi ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia.

Anugerah dikurniakan sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara.

Canselor Universiti Curtin, Dr. Jim Gill menyampaikan ijazah doktor kehormat itu kepada Rosmah pada majlis konvokesyen universiti itu di sini pada Sabtu.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad serta Konsul Jeneral Malaysia di Perth Hamidah Ashari.

Pada majlis itu, lebih 500 graduan universiti itu, termasuk beberapa pelajar Malaysia, menerima ijazah masing-masing. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment