My Add

Thursday 16 February 2012

SKM sasar 1 koperasi 1 universiti menjelang 2020

KUALA LUMPUR, RABU, 2012:  15 Feb. - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mensasarkan 1 Koperasi 1 Universiti menjelang tahun 2020 bagi merealisasikan sasaran Dasar Koperasi Negara 2011-2020.

Statistik SKM menunjukkan terdapat hanya 153 koperasi di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta termasuk politeknik, kolej komuniti dan kolej swasta didaftarkan.

Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Md Yusuf Samsudin berkata, jika dibandingkan dengan keseluruhan 571 IPT yang ada, hanya 27 peratus sahaja menubuhkan koperasi dan menjalankan perniagaan.

"Jumlah ini masih jauh daripada sasaran yang ditetapkan dalam Dasar Koperasi Negara iaitu 100 peratus IPTA dan 50 peratus IPTS dalam penubuhan koperasi di institusi masing-masing menjelang tahun 2020.

"Ini merupakan satu cabaran kepada SKM bagi merealisasikan sasaran yang ditetapkan dan saya percaya kita akan mencapainya dengan kerjasama semua pihak daripada pihak universiti, Kementerian Pengajian Tinggi (KMT) dalam penglibatan program dan aktiviti seperti ini,” katanya semasa merasmikan ”Seminar Pendidikan Koperasi Institusi Pengajian Tinggi Peringkat Kebangsaan 2012” di sini, hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment