My Add

Wednesday 8 February 2012

TAT bayar dividen dan bonus 15 peratus

KUALA LUMPUR, RABU, 08 Februari, 2012: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan membayar 15 peratus dividen dan bonus bagi tahun kewangan 2011 kepada pencarumnya, berbanding 14 peratus pada tahun sebelumnya. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata dividen dan bonus itu merangkumi tujuh peratus dividen biasa, satu peratus bonus dan tujuh peratus bonus khas dalam bentuk unit amanah saham secara percuma kepada pencarum yang aktif.

Katanya, pembayaran bagi dividen dan bonus itu berjumlah RM680.4 juta, yang naik sebanyak 10.4 peratus berbanding RM616.3 juta pada tahun lalu.

"Pada keseluruhannya, berdasarkan Penyata Kewangan Yang Belum Diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, LTAT mencatat jumlah pendapatan sebanyak RM862.7 juta, meningkat sebanyak 14.8 peratus berbanding RM751.5 juta pada 2010, sekaligus merupakan rekod tertinggi keuntungan LTAT sejak ditubuhkan 39 tahun lepas," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment