My Add

Saturday 4 February 2012

TNB pentingkan keselamatan pengguna: Che Khalib

KULIM,SABTU  04 Februari, 2912: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyasarkan lebih ramai pelajar sekolah di negara ini akan diberi pendedahan dan pengetahuan mengenai pentingnya keselamatan elektrik dan risikonya. 

Presiden dan ua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohd Noh,berkata statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga menunjukkan 408 kes kemalangan elektrik berlaku dalam tempoh 2005 hingga 2010.

Beliau berkata, daripada jumlah itu 213 daripadanya mengakibatkan kematian.

"Pelajar sekolah adalah kategori ketiga paling tinggi yang terlibat dalam kemalangan yang dicatat itu, iaitu 23.1 peratus," katanya dalam teks ucapannya pada perasmian Kempen Keselamatan Elektrik untuk pelajar di sini hari ini. 

Teks ucapan beliau dibacakan Pengurus Besar Kanan Jabatan Pembangunan Aset, Bahagian Penghantaran TNB, Fauzah Ahmed. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment