My Add

Friday 3 February 2012

Tumpu pembangunan ekonomi, bukan politik - Mustafa Ishak

SINTOK, JUMAAT, 03 FebRUARI, 2012: Rakyat di negara ini sepatutnya lebih menumpukan kepada usaha membangunkan ekonomi negara berbanding kepada soal politik seperti yang berlaku ketika ini.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata situasi sekarang menunjukkan seolah-olah politik paling penting sehingga perkara lain tidak diberi tumpuan sewajarnya.

"Saya tidak mengatakan bahawa politik tidak penting, tetapi kadang-kadang kita patut selesaikan perkara ini dengan baik dan tumpu kepada kerja kita sebelum memikirkan hal politik.

"Jika hanya bercakap soal politik sahaja, ia seperti memberikan mesej ataupun satu signal yang mungkin tak elok kepada masyarakat antarabangsa terhadap negara kita,” katanya kepada pemberita di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment