My Add

Sunday 5 February 2012

Undi: Orang Melayu perlu sedar

RAIS Yatim bersama isteri, Datin Sri Maznah Rais menyampaikan sumbangan kerusi roda dan bantuan mesra rakyat kepada Rosnah Ibrahim di Felda Raja Alias 4, Serting, Jempol, Negeri Sembilan, semalam. - BERNAMA

JEMPOL, AHAD, 05 Februari, 201:  Sejumlah 3.7 juta individu yang layak mengundi tetapi belum berdaftar khususnya orang Melayu harus disedarkan tentang hak mengundi yang sebenarnya menentukan kelangsungan kuasa politk Melayu.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, jika semua orang Melayu yang layak mengundi didaftarkan, ia sebenarnya dapat menguatkan lagi perjuangan dalam menentukan nasib mereka yang mewakili lebih 60 peratus rakyat negara ini.

"Orang Melayu seharusnya tidak lupa mereka sebenarnya dapat memperjuangkan negara mereka sendiri sekiranya 'politic of numbers' atau pun perjuangan politik mengikut nisbah angka dapat diatasi dan dimiliki bersama.

"Pihak lain (bukan Melayu) tidak perlu berasa terasing, lantaran realitinya majoriti masyarakat Melayu di negara kita perlu mendapat perasaan kekitaan yang lebih mulai kini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Program Merakyatkan Seni Budaya Komuniti 1Malaysia 'Jalinan Mesra Rakyat Parlimen Jempol' di Felda Raja Alias 4, Serting, di sini, semalam.

Rais yang juga Anggota Parlimen Jelebu berkata, dengan bilangan besar orang Melayu mereka sebenarnya boleh 'mengawasi' keadaan politik di negara ini dan meneruskan tampuk kepimpinan negara yang dikuasai sekian lama.

Bagaimanapun, katanya, hasutan oleh pihak pembangkang terutama dari parti PAS dan PKR yang mengaburi orang Melayu dengan fakta-fakta yang tidak masuk akal telah menyebabkan orang Melayu lupa tentang 'politic of numbers' tadi.

"Rakan-rakan kita yang bukan Melayu akan akur oleh kerana mereka akan mengiktiraf suara yang ramai akan sentiasa dihormati dan suara yang berpecah belah akan mudah diatasi," katanya.

Katanya, untuk itu semua pihak perlu mencari jalan bagi meningkatkan kesedaran rakyat untuk mendaftar sebagai pengundi dengan menjalankan kempen galakan dan pendaftaran sebagai pemilih dengan lebih serius.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan bahawa lebih 3.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi dikesan belum mendaftar sebagai pengundi di mana kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment