My Add

Sunday 19 February 2012

Wakil rakyat bukan penentu penerima BR1M

PAKAN (Sarawak), AHAD, 19 Februari, 2012: Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, kelulusan atau penolakan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan ditentukan oleh wakil rakyat atau pegawai daerah.

Oleh itu, pemohon yang gagal tidak sepatutnya menyalahkan atau memarahi mereka, katanya pada majlis bertemu rakyat dan upacara memasuki rumah baru di rumah panjang Barak Gadom di Nyalak Ili sebanyak 27 unit di sini malam tadi.

Beliau antara sebab utama sesuatu permohonan itu ditolak ialah kesilapan pemohon dalam mengisi borang.

Salang berkata, setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bertanggungjawab menjaga kebajikan semua penduduk di kawasan yang mereka wakili, tanpa mengira fahaman politik.

"Dia tidak boleh mengutamakan anggota BN sahaja dalam pengagihan sesuatu bantuan atau geran. Walaupun ada anggota parti yang tidak berpuas hati dengan perkara ini, tapi saya harap mereka akan sedar bahawa kerajaan BN adalah kerajaan untuk semua rakyat,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment