My Add

Thursday 16 August 2012

142 syarikat dapat sijil halal

KUALA LUMPUR,RABU, 15 Ogos, 2012: Sebanyak 142 syarikat diluluskan pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Mesyuarat Panel Pengesahan Halal 14 Ogos lalu.

Pengarah Bahagian Hab Halalnya, Hakimah Mohd. Yusoff berkata, jumlah ini merupakan kelulusan bagi separuh pertama bulan Ogos dan dijangka akan bertambah pada akhir bulan ini.

“Secara keseluruhannya sepanjang bulan Julai dan Ogos, sebanyak 359 permohonan mendapat kelulusan bagi negeri-negeri yang menyertai pensijilan halal menerusi sistem e-halal," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, permohonan pensijilan halal boleh dimohon secara dalam talian dan prosesnya diuruskan oleh jabatan-jabatan agama Islam negeri berkenaan berdasarkan lokasi kilang.

“Setakat ini, 10 negeri telah menyertai sistem ini iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Sabah, Johor, Wilayah Persekutuan, Kelantan, Terengganu dan Perak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment