My Add

Tuesday 7 August 2012

1,800 anggota JPJ terlibat Ops Raya

ALOR SETAR, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menugaskan seramai 1,806 anggotanya dalam operasi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan sasaran mengurangkan kadar kemalangan dan angka kematian jalan raya, khususnya membabitkan penunggang serta pembonceng motosikal.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ, Jaafar Mohamed berkata, dalam operasi penguatkuasaan selama 15 hari bermula 12 Ogos ini, anggota yang terlibat akan memantau 32 terminal bas, membuat penyamaran dalam bas ekspres dan mengawasi ‘kawasan hitam’ di seluruh negara.

Katanya, anggota yang ditempatkan di terminal bas akan membuat pemeriksaan termasuk tayar dan brek bas bagi memastikan ia berfungsi dengan baik sebelum memulakan perjalanan membawa penumpang ke destinasi dituju.

“Kami juga bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi memeriksa pemandu bas agar bebas daripada pengaruh dadah atau bahan terlarang," katanya kepada pemberita pada Ops Pra Perayaan di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment