My Add

Tuesday 7 August 2012

Laluan khas pelancong asing di KLIA2

PUTRAJAYA isnin, 06 Ogos, 2012: Pelancong asing yang kerap datang ke Malaysia akan diberikan layanan istimewa apabila berurusan di kaunter Imigresen sebaik sahaja lapangan terbang tambang murah, KLIA2 siap.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, pihaknya akan memperkenalkan beberapa laluan khas kepada pelancong asing kategori itu bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan di kaunter Imigresen.

Katanya, kemudahan pertama kali diperkenalkan itu merupakan salah satu inisiatif penambahbaikan yang akan dilaksanakan Imigresen.

“Kaunter dikenali sebagai e-gate itu dikhaskan kepada pelancong yang kerap ke Malaysia iaitu dalam tempoh setahun lebih tiga kali.

“Kemudahan ini sama seperti dinikmati rakyat Malaysia yang menggunakan kaunter automatik di lapangan terbang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment