My Add

Monday 6 August 2012

3 lelaki ditahan bersama 1,213.55 gram heroin

ALOR SETAR, ISIN, 06 Ogos, 2012: Polis menahan tiga lelaki dan merampas 1,213.55 gram dadah jenis heroin bernilai RM27,000 hingga RM45,000 dalam serbuan di sebuah bilik motel di Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd. Jan berkata, suspek berusia 19 hingga 35 tahun itu ditahan ketika sedang leka membungkus dadah dipercayai untuk diedarkan di sekitar Kuala Kedah dan bandaraya ini di dalam bilik motel berkenaan kira-kira pukul 9 pagi.

"Polis menemui 386 peket plastik lutsinar pelbagai saiz mengandungi bahan disyaki heroin, empat plastik lutsinar besar di mana setiap satu bungkusan dalamnya berisi 50 peket pelbagai saiz bahan disyaki heroin.

"Antara barang lain yang dirampas ialah wang tunai RM2,000, sebuah kereta Proton Satria, empat telefon bimbit, satu alat sealer dan penimbang elektronik,” katanya pada sidang media di sini hari ini.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment