My Add

Monday 6 August 2012

Ibu bapa tinggalkan 3 kanak-kanak dicari

KULIM, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim ingin menghubungi seorang ibu dan sepasang suami isteri untuk menyelesaikan kes tiga kanak-kanak yang dijaga sementara oleh dua keluarga di sini.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKM Kulim, Munirah Athirah Abdul Aziz berkata, Noraini Sarmadi, 47, dikehendaki mengambil kembali dua anak lelakinya, Mustafa Kamal Zainal Abidin, 9, dan Mohd. Adam, 7.

Dia perlu membuat pengakuan bertulis menyerahkan hak penjagaan kedua-dua anaknya itu sekiranya enggan mengambil mereka kembali, kata Munirah Athirah.

Dalam satu kes lagi, ibu bapa seorang kanak-kanak perempuan yang diberi nama sementara, Nor Nabilah, 20 bulan, diminta menghubungi JKM di sini berkaitan sijil kelahiran bayi itu yang kini dijaga Mohamad Ali Naina Mohamad, 47, dan isterinya Halimah K. Abdul Azeez, 41.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment