My Add

Monday 6 August 2012

Pelabur asing beli saham Malaysia bernilai RM308j minggu lalu

KUALA LUMPUR, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia minggu lepas kekal menggalakkan dengan pelabur asing membeli saham Malaysia berasaskan bersih bernilai sehingga RM308 juta untuk tujuh minggu berturut-turut.

Untuk tahun sehingga Jumaat lalu, aliran masuk bersih secara kumulatif dana-dana asing ke ekuiti Malaysia berjumlah RM9.5 bilion.
"Ia lebih tinggi berbanding hanya RM1.9 bilion yang dicatatkan dalam keseluruhan 2011," kata MIDF Research dalam "Laporan Aliran Dana" hari ini.

Sejak Januari 2010, pembelian bersih kumulatif saham-saham tersenarai di Bursa oleh pelabur asing berjumlah sehingga RM26.6 bilion.

Sementara itu, peruncit tempatan terus menjadi penjual bersih untuk minggu ke-10 berturut-turut dengan jualan merosot kepada RM62 juta, jumlah paling rendah dalam tempoh tujuh minggu.

Laporan itu mendedahkan yang kadar penyertaan turut turun dengan ketara kepada RM747 juta.

Dalam pada itu, institusi terus mengambil keuntungan untuk minggu ketujuh dengan jualan bersih RM246 juta.
Kadar penyertaan purata harian institusi tempatan kekal pada RM1.67 bilion, katanya. - BERNAMAA

No comments:

Post a Comment