My Add

Wednesday 22 August 2012

6 beranak sempat selamat diri dari kebakaran

MELAKA, SELASA, 21 Ogos, 2012: Enam beranak yang sedang tidur sempat menyelamatkan diri dari kebakaran rumah mereka di Jalan Kesidang 2/2 Lorong Pandan di sini awal pagi tadi.

Kebakaran memusnahkan bahagian dapur dan bilik belakang rumah tersebut.

Anak sulung keluarga itu, Diana Bahari, 18, berkata, dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu, dia terjaga dari tidur apabila menyedari biliknya yang terletak di bahagian belakang rumah teres setingkat itu dipenuhi asap.

“Saya kemudiannya keluar dari bilik dan melihat api sedang marak di bahagian dapur sebelum saya mengejutkan ayah, ibu dan tiga lagi adik saya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Diana berkata, dia hanya sempat menyelamatkan sijil persekolahannya sebelum berlari keluar dari rumah.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment