My Add

Sunday 19 August 2012

PBB lantik utusan khas baru Syria



GENEVA, SABTU, 18 Ogos, 2012: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melantik seorang diplomat veteran Algeria, Lakhdar Brahimi (gambar) bagi menggantikan Kofi Annan sebagai utusan khas badan dunia itu untuk menyelesaikan konflik di Syria.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon merayu kuasa antarabangsa yang berbeza pendapat, untuk memberi sokongan ‘kuat, jelas dan bersatu’ kepada utusan khas PPB yang baru itu.

Brahimi dalam temu bual bersama badan penyiaran BBC semalam menyatakan, beliau tidak mempunyai keyakinan dalam usaha membantu menamatkan konflik di Syria.

“Saya mungkin gagal, tetapi adakalanya kita bernasib baik dan dapat mencapai satu penyelesaian,’’ katanya.

Bagaimanapun, Brahimi menegaskan bahawa usaha diplomatik perlu diteruskan walaupun konflik yang bermula sejak 17 bulan lalu semakin buruk.

“Misi ini perlu dilaksanakan. Kita perlu mencuba. Kita perlu pastikan rakyat Syria tidak diabaikan,’’ ujarnya. - AFP

No comments:

Post a Comment