My Add

Friday 10 August 2012

Penyelewengan bazar Ramadan

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati wujudnya elemen penyelewengan dalam kes pembahagian petak bazar Ramadan di ibu negara yang mengaut keuntungan jutaan ringgit baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingannya, Datuk Sharuddin Khalid berkata, perkara itu diperoleh hasil daripada keterangan saksi-saksi yang dijalankan pihaknya.

Katanya, SPRM sehubungan itu, mencadangkan supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik pemberian lesen perniagaan kepada peniaga-peniaga yang memperoleh tapak bazar Ramadan secara tidak sah.

"Peniaga dan persatuan yang memperoleh tapak bazar tanpa melalui proses undian yang sah wajar ditarik balik lesen.

"Walaupun ia dikemukakan pada penghujung Ramadan, namun ia boleh dipraktik jika kes yang sama berulang pada masa akan datang (batalkan lesen)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini....

No comments:

Post a Comment