My Add

Saturday 11 August 2012

AirAsia mesti pindah ke KLIA 2


Oleh AINUL ASNEIRA AHSAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 10 Ogos , 2012: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia) mesti berpindah sebaik sahaja KLIA2 siap, kata Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Tan Sri Bashir Ahmad.

Beliau dengan tegas berkata, isu tidak mahu berpindah tidak timbul kerana pembinaan KLIA2 dibuat untuk memenuhi permintaan AirAsia, selain menampung lonjakan penumpang yang memberangsangkan.

"Apabila terminal itu (KLIA2) siap, mesti kena pindah. Terminal lapangan terbang tambang murah sedia ada akan ditutup selepas pembukaan KLIA2," tegas beliau kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini.

Malah, beliau berkata, MAHB, selaku pengendali KLIA2 tidak akan melayan lagi sebarang permohonan mengenai perubahan di lapangan terbang itu untuk memastikan ikon baru di Sepang itu siap pada masa yang ditetapkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment