My Add

Saturday 11 August 2012

Pejabat JMM dipecah masuk, fail isu Talam hilang

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 10 Ogos, 2012: Kehilangan satu fail yang mengandungi dokumen berkaitan isu hutang Talam Corporation Bhd. (Talam) dalam kejadian pecah masuk pejabat Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di Dataran Sunway di sini semalam, menimbulkan tanda tanya.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, ini kerana dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, tiada satu pun barangan berharga seperti i-Pad, set televisyen, komputer dan mesin pencetak yang terdapat dalam premis tersebut dilarikan suspek melainkan fail yang mengandungi kira-kira 100 helaian dokumen itu.

"Saya tidak menuduh sesiapa, namun, bagi saya kejadian itu bukan kecurian biasa kerana hanya fail tersebut yang hilang dan bukannya barangan berharga.

"Malah, selepas JMM mendedahkan isu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengambil alih hutang Talam, dokumen tersebut dilihat menjadi amat bernilai bagi orang tertentu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment