My Add

Tuesday 7 August 2012

Artikel mahu hancur karier politik

KUALA LUMPUR, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ungkapan dan perkataan fitnah yang mengaitkan beliau dengan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) oleh dua pemimpin parti pembangkang, bertujuan memalu dan menghancurkan karier politiknya.

Walhal menurut bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu, sepanjang 33 tahun perkahwinan beliau dengan suaminya Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail, mereka saling menghormati profesion dan tidak mencampuri atau melanggar batasan kerja.

Ketika disoal dalam pemeriksaan utama oleh peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, Shahrizat mengesahkan, suami dan anak-anaknya tidak pernah meminta bantuan beliau bagi projek itu.

Ditanya adakah beliau cuba membantu mereka dengan menggunakan pengaruhnya sebagai menteri, Shahrizat, menegaskan, beliau tidak pernah mengambil bahagian dalam apa jua cara sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu mereka mendapatkan projek itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment