My Add

Tuesday 7 August 2012

Pas wajar terima penghinaan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Pas memang wajar menerima penghinaan daripada DAP dan Karpal Singh berhubung isu hudud kerana parti itu sendiri tiada pendirian dan sudah hilang maruah selepas sanggup menggadai asas perjuangannya.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, bagi sebuah parti yang sudah tiada pendirian dan maruah diri, penghinaan sedemikian akan berterusan diterima Pas.

Justeru, dalam nada sinis beliau berkata, adalah tidak wajar untuk ahli akar umbi mendesak kepimpinan Pas keluar daripada pakatan pembangkang kerana keputusan menggugurkan negara Islam juga dibuat disebabkan tunduk kepada DAP.

“Sepatutnya ahli akar umbi meminta pucuk pimpinan Pas terus kekal dalam pakatan kerana dengan cara itulah Pas boleh secara berterusan memainkan peranan sebagai ‘perkakas’ kepada pembangkang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment