My Add

Tuesday 7 August 2012

Hudud: PKR, Anwar perlu nyata pendirian

KUALA LUMPUR, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Pertelingkahan berpanjangan di antara Pas dan DAP mengenai hasrat melaksanakan hudud sejak lebih 10 tahun lalu dilihat berpunca daripada kegagalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian tegas mengenai hukum Islam berkenaan.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, tindakan Anwar selaku Penasihat PKR yang membisu sehingga kini, membawa kesan negatif kepada pakatan pembangkang seperti disaksikan kebelakang ini.

Katanya, Anwar melalui PKR yang telah berjaya menyatukan Pas dan DAP mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan segala perkara berbangkit di antara pakatan pembangkang itu dapat diselesaikan secara berhemah.

"Tindakan membisu Anwar ini amat berbahaya kerana sehingga kini seingat saya, beliau menyokong hudud atas kapasiti peribadi tetapi tidak pula memasukkannya dalam perjanjian Buku Jingga pembangkang, jadi apakah maksudnya," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment