My Add

Thursday 16 August 2012

Awasi 150 lokasi hitam - Polis

KUALA LUMPUR, RABU, 15 Ogos, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta pengguna kenderaan yang pulang bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri agar berwaspada di jalan raya khususnya di 150 'lokasi hitam' berlaku kemalangan di seluruh negara yang disenaraikan ketika ini.

Kawasan ini diklasifikasikan demikian berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh pihak PDRM bersama Jabatan Kerja Raya melalui kemalangan yang dilaporkan sebelum ini.

Bagaimanapun menurut Ketua Trafik Pasukan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, perlu diingatkan ada perkara yang mungkin menyebabkan usaha dilakukan kerajaan tidak bermakna.

"Perkara tersebut ialah sikap dan kesedaran keselamatan jalan raya dan itulah asas yang perlu dipertingkatkan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini....

No comments:

Post a Comment