My Add

Monday 6 August 2012

BAFIA junjung kedaulatan undang-undang

KUALA LUMPUR, AHAD, 05 Ogos, 2012: Penguatkuasaan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 perlu dihormati semua pihak demi kepentingan orang ramai, sistem kewangan dan integriti sesebuah negara.

Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd., Dr. Yeah Kim Leng berkata, penguatkuasaan akta itu juga menunjukkan masyarakat negara ini menjunjung kedaulatan undang-undang yang bertujuan menjaga keselamatan orang ramai.

Dengan melindungi butiran peribadi seseorang pelanggan bank seperti jumlah nilai akaun simpanan, nama syarikat serta alamat individu itu melalui BAFIA, katanya, ia secara langsung dapat menjamin keselamatan seseorang daripada anasir rompakan serta kecurian yang mungkin melibatkan nyawa.

"BAFIA yang melindungi maklumat peribadi seseorang di bank adalah asas keselamatan seseorang individu dan juga perkara utama dalam profesionalisme sesebuah bank dan institusi perbankan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment