My Add

Friday 17 August 2012

Bank terima kesan buruk dedah maklumat pelanggan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Institusi perbankan dan kewangan yang gagal mematuhi Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 akan dinilai oleh masyarakat sebagai pihak yang tidak amanah dan tidak berkredibiliti.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Persatuan Malaysia Bhd., Shamsudin Md. Yusoff (gambar) berkata, kegagalan itu juga akan memberi impak negatif kepada pihak bank sendiri yang sekali gus menyebabkan ia mengalami kerugian ekoran sikap pelanggan yang tidak lagi percaya terhadap institusi kewangan tersebut.

"Jika bank mendedahkan maklumat sulit mengenai pelanggan kepada pihak ketiga, ia sudah pasti akan mewujudkan unsur tidak percaya daripada pelanggan kepada pihak bank.

"Apabila itu terjadi, maka mereka tidak lagi mahu melabur ke dalam bank berkenaan. Ini sudah pasti menyebabkan bank itu rugi," katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment