My Add

Friday 17 August 2012

Boikot pusat beli-belah abai aspek keselamatan

KUALA LUMPUR, KHAMOS, 16 Ogos, 2012: Orang ramai disaran agar mengambil langkah memboikot mana-mana pusat beli-belah yang didapati cuai dan mengabaikan aspek keselamatan pengunjung di premis-premis mereka.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, langkah itu perlu bagi memastikan pihak pengurusan tempat tumpuan ramai seperti itu mengambil langkah lebih efektif untuk menjamin keselamatan pengunjung.

Katanya, kesedaran terdapat tahap keselamatan di tempat awam seperti itu penting dan perlu dipandang serius semua pihak kerana wujudnya peningkatan ketara terhadap aktiviti jenayah di lokasi-lokasi seperti itu.

"Pihak bertanggungjawab seperti pengurusan pusat beli-belah perlu lebih peka terhadap isu ini. Kawalan terhadap aspek keselamatan pengunjung ke premis mereka perlu diambil berat," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Komuniti Pusat MCA di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment