My Add

Sunday 12 August 2012

Bapa syukur anak kembali

JAKARTA, SABTU, 11 Ogos, 2012: Selepas tiga bulan hidup dalam tekanan, seorang bapa hari ini menyatakan rasa syukur apabila anak gadisnya di bawah umur yang dilarikan warga Indonesia selamat kembali ke pangkuan keluarga.

Abdullah (bukan nama sebenar) amat bersyukur kerana Allah memakbulkan dan doa beliau dan isterinya untuk mengembalikan semula Adrianna (bukan nama sebenar) yang lari mengikut teman lelakinya pada 9 Mei lalu.

Berkat doa dan usaha yang tidak putus, pencarian menjejaki Adrianna dikesan melalui kerjasama Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kota Kinabalu, Pejabat Wilayah Sabah, Kementerian Luar Negeri, Malaysia serta pejabat Kedutaan Besar Malaysia di sini.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana Adrianna sudah selamat dalam pangkuan saya. Apa yang penting sebaik pulang ke Sabah, Adrianna akan ditenangkan terlebih dahulu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment