My Add

Friday, 17 August 2012

Pelajar lelaki cedera dibuli lima rakan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Seorang pelajar lelaki tingkatan satu dari Sekolah Agama Rakyat Maahad Al-Islah di Teluk Intan mengalami kecederaan teruk di bahagian limpa selepas dibuli lima rakan sebayanya semasa menginap di asrama sekolah itu pada 29 Jun lalu.

Menurut bapa mangsa yang merupakan seorang pemandu lori, Radin Mohd. Nor Asikin Othman, 38, ekoran kecederaan yang dialami Muhammad Ridwan, 13, anaknya terpaksa menjalani pembedahan membuang limpa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 1 Julai.

Katanya, dia mula mengesyaki sesuatu berlaku ke atas Ridwan apabila doktor memaklumkan dia mengalami kecederaan teruk di bahagian limpa sejurus selepas selesai pembedahan apendiks.

"Setelah puas saya pujuk, Ridwan akhirnya menceritakan kejadian buli yang dilakukan oleh lima rakannya itu," katanya pada sidang akhbar di pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment