My Add

Friday 17 August 2012

Budak maut digilis lori



DUA anggota polis menutup mayat Khairul Azmi Abdul Rashid, yang maut digilis lori di Taman Tualang Indah, Temerloh, malam kelmarin.

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
KUANTAN, KHAMIS, 16 Ogos , 2012: Seorang ibu terkilan kerana tidak dapat membeli mainan untuk anaknya yang maut digilis lori berhadapan sebuah kedai runcit di Taman Tualang Indah dekat Kawasan Perindustrian Temerloh, malam tadi.

Khairul Azmi Abdul Rashid, 5, yang tinggal di taman berkenaan mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Supritendan Zundin Mahmood, kejadian berlaku pukul 7.40 malam ketika mangsa menunggang basikal sendirian pergi ke kedai runcit berkenaan.

Beliau berkata, menurut ibu mangsa, sebelum kejadian selepas berbuka puasa, Khairul meminta izin daripada ibunya untuk ke kedai membeli mainan berharga 50 sen. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment