My Add

Friday 17 August 2012

Nahas van: Ibu, anak antara lima maut

Oleh FARHANA JONI
LAWAS 16 Ogos - Hasrat seorang ibu untuk berhari raya dengan anaknya di kampung halaman tidak kesampaian apabila kedua-dua mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Sundar Terusan Lawas, di sini semalam.

Dalam nahas pukul 5.50 petang itu, Mariah Awang, 37, dan anaknya, Khairunisa Najwa Omar, 17, merupakan dua daripada lima mangsa yang maut setelah van jenis Toyota Hiace yang dinaiki mereka terbabas.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Fauzilan Abdul Aziz berkata, Mariah dipercayai baru sahaja mengambil anaknya yang belajar di Politeknik Kuching untuk menyambut hari raya di kampung mereka di Kampung Awat-Awat.

"Selain dua beranak itu, tiga lagi mangsa maut di tempat kejadian iaitu pemandu van, Mohd. Tafia, 45; Nurul Husna Izati, 17, dan Norzainah Mat Taib, 12. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment